Hulu Langat, 16.2.2019 - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun
Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional
(BN), Pakatan Harapan (PH), Bebas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Mohd Sayuti Bakar mengumumkan
senarai calon yang bertanding dalam PRK itu pada jam 10.25 pagi selepas tamat
proses penamaan calon di Dewan Seri Cempaka MPKJ, Taman Saujana Impian, Kajang.
Mereka terdiri daripada calon BN iaitu Zakaria Hanafi,
Muhammad Aiman Zainali (PH), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan calon Bebas Kuan
Chee Heng.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac ini sebagai
hari mengundi bagi PRK Dun Semenyih manakala tarikh mengundi awal pada 26 Feb.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Dun
tersebut, Bakhtiar Mohd Nor daripada PH di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu
akibat serangan jantung.
Sumber:

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor