Kuantan - Kerajaan akan kaji semula
pemberian dan kelulusan permit-permit pertanian di kawasan tanah tinggi di
Cameron Highlands yang berisiko kepada berlakunya hakisan dan tanah runtuh.
Demikian dimaklumkan oleh YB Dato' Sri Mohd
Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan
Perladangan Pahang sejurus selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
pada rabu lalu 30.1.2019.
Kerajaan Pahang akan menghubungi penanam
sayur dan bunga terutama di kawasan risiko tinggi Lembah Bertam untuk meminta
mereka menghentikan aktiviti penanaman sayur dan bunga.
Tindakan ini selaras dengan saranan Menteri
Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli YB Xavier Jayakumar yang meminta Kerajaan
Negeri Perak dan Pahang mengambil tindakan tegas kepada pekebun di tanah tinggi.
Pautan faceboo: https://www.facebook.com/pahangkumedia/videos/1396273083847146/
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor