Pages

Sunday, February 10, 2019

ISU RM90 JUTA CUBAAN PH ROSAKKAN KERJASAMA UMNO PAS






Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tuduhan kononnya UMNO memberi Pas RM90 juta sebenarnya hanyalah satu cubaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu melemahkan kerjasama kedua-dua parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.

Jelas beliau, mungkin kerana melihat kejayaan gabungan UMNO dan Pas di PRK Cameron Highlands maka fitnah demi fitnah ditabur demi merosakkan kesatuan ini.

“Jangan gentar serangan mereka. Kita teruskan perjuangan hingga PH tumbang,” ujar beliau menerusi laman sosial twitter.

Tambah beliau, isu R90 juta ini juga sengaja ditimbulkan bagi mengalih isu terhadap soal yang sering ditanya oleh rakyat iaitu keadilan untuk anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor