
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen seliter kepada RM2.08 dan RM2.38 seliter bagi tempoh 23 Februari hingga 1 Mac 2019.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa harga runcit diesel kekal pada RM2.18 seliter.
"Peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada USD63.11 setong kepada USD66.91 setong," kata kenyataan itu.
Bagi produk diesel, kos purata produk diproses turut meningkat secara ketara iaitu daripada USD74.38 setong kepada USD79.11 setong di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). Sepatutnya harga runcit diesel adalah RM2.33 seliter.
"Namun selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan iaitu RM2.20 seliter untuk RON95 dan 2.18 seliter untuk diesel, maka harga runcit diesel terus dikekalkan pada paras RM2.18 seliter," kata kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor