Pages

Friday, January 25, 2019

UMNO : PAHANG SEDIA BAYAR ELAUN TOK BATIN JIKA PUTRAJAYA ENGGAN




KUALA LIPIS: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada tok batin sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) enggan berbuat demikian.


Beliau berkata perkara itu dibincangkan bersama Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.


“Walaupun sebelum ini didakwa ada ugutan terhadap tok-tok batin bahawa jika didapati sokong Barisan Nasional elaun mereka ditarik, saya telah berbincang dengan menteri besar, jika perkara yang tidak sepatutnya itu berlaku, maka kerajaan Pahang akan mengambil alih pembayaran elaun tersebut dari kerajaan pusat,” katanya.



Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama jentera BN. 


SUMBER.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor