Jelai, 24.1.2019: Ramli Mohd Nor, calon Barisan Nasional (BN)
bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands jelas dan ikhlas
memberikan khidmat terbaik kepada rakyat kerana dia hanya balik kampong ke
Cameron Highlands sementara calon DAP berasal dari negeri lain dan datang untuk
meraih undi.
Walaupun padat dengan jadual kempen, jelas
kelihatan anak tempatan dari etnik Semai itu teruja apabila turun bertemu
rakyat tanpa mengira ras, kaum, agama serta pelbagai latar belakang pendidikan
mahupun kerjaya.
Ramli, bekas Penolong Pesuruhjaya Polis
adalah calon yang amat tepat untuk mewakili masyarakat di Cameron Highlands,
yang pastinya mampu membawa suara akar umbi berdasarkan pengalamannya yang luas
berinteraksi dengan pelbagai pihak.
“Kebanyakan
dari mereka sanak saudara saya macam kawasan Betau ini sahaja, tak kurang tiga
tok batin ada kaitan darah dengan saya.
“Yang lain-lain itu saya boleh
berkomunikasi, saya boleh duduk makan dengan mereka tidak ada halangan, tidak
ada ‘barrier’. Apa yang mereka cakap dan saya cakap datang dari hati bukan
sebab saya datang berkempen, (tetapi) keikhlasan, kejujuran dan terus terang
cakap.
“Macam orang lain, dia datang ada sebab.
Saya datang saya balik kampung, saya faham seluruh (kehendak) mereka, faham
keperluan mereka,” katanya.
Sebagai pesanan menjelang hari pengundian
nanti, Ramli amat berharap pengundi-pengundi dapat hadir awal terutama bagi
pusat-pusat pengundian yang akan tutup awal, supaya dapat menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang pemilih.
SUMBER
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor