Kuantan, 6.1.2019: “Luas
keseluruhannya dengan itu ialah kira-kira 24,686.06 hektar, atau jika mahu
dibuat perbandingan ialah besar sedikit daripada keluasan seluruh Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (seluas 24,346 hektar),” kata Menteri Besar Dato’ Sri
Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata demikian pada ‘entry’ terbaharu dalam laman sosial ‘Facebook’nya – Wan Rosdy
bin Wan Ismail di bawah tajuk ‘Penduduk Orang Asli di Pahang terus dapat
pembelaan Kerajaan Negeri BN’.
Tanah Rizab Orang Asli meliputi 7,156.53 hektar yang telah
diwartakan, Manakala 8,958.17 hektar
telah mendapat kelulusan Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri untuk pengwartaan; dan 8,571.36 hektar dalam
proses permohonan untuk mendapat kelulusan.
Rujukan: ALAMAYA, INDERA MAHKOTA 5.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor