Pages

Saturday, January 19, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: TOLAK PH, ORANG MUDA TIDAK MAHU TERUS DITIPU..






Selepas seminggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, semakin jelas penolakan rakyat terutama golongan muda terhadap Pakatan Harapan (PH), tegas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.

Menurutnya, ini berdasarkan kepada hasil turun padang Puteri UMNO ke beberapa tempat di kawasan parlimen di mana golongan muda yang ditemuinya rata-rata meluahkan perasaan kecewa kerana tertipu dengan janji-janji PH semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu yang tidak laksanakan walaupun setelah lapan bulan menjadi kerajaan.

“Alhamdulillah kita dapati penerimaan wanita muda kepada calon BN, Tuan Ramli (Mohd Nor) adalah sangat positif, sangat baik dan kebetulan calon juga orang sini, dikenali dan digemari ramai.

“Saya kira sepanjang tempoh kita berkempen tiada masalah sebab ramai juga menyatakan mereka akan sokong BN kerana merasakan tertipu dengan janji-janji yang diberikan kerajaan sebelum ini, selama lapan bulan pentadbiran terutamanya kepada orang muda, kos sara hidup naik, ini semua membebankan orang-orang muda dan mereka menyatakan akan sokong BN,” ujarnya kepada UMNO-Online sebaik selesai program gotong-royong membersihkan Masjid Assyakirin semalam yang turut dihadiri ahli-ahli Pas.

Hasil tinjauan juga mendapati penerimaan masyarakat kepada calon BN amat baik berbeza dengan calon PH, M. Manogaran hinggakan tular satu video seorang pengundi wanita meminta surat peguam jika PH mahu melemparkan janji-janji kesan tindakan mereka yang tidak mahu tunaikan janji PRU14 lalu.

Tambah Zahida lagi, senario PRK di Cameron Highlands telah memperlihatkan satu suasana yang cukup harmoni apabila silaturahim yang terjalin antara BN dan parti Pas amat baik.

“Alhamdulillah mereka memberikan sokongan yang positif kepada ahli-ahli Puteri dan saya yakin silaturahim yang ada ini yang terbaik dan mereka akan tunjukkan pada hari mengundi dengan memilih calon BN,” jelasnya.

Justeru, beliau yakin BN akan dapat mempertahankan kerusi Cameron Highlands.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor