Pages

Saturday, January 5, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: MUNGKIN KIT SIANG BARU PERTAMA KALI MASUK KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI - SHARKAR





“Mungkin (Lim) Kit Siang baru pertama kali masuk ke perkampungan Orang Asli,” ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang kononnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO meminggirkan masyarakat pribumi itu hanya kerana dirinya terperangkap di Kampung Orang Asli Semoi Lama pada malam tahun baru kerana keadaan jalan yang teruk.

“Janganlah kerana satu kes terpencil dia membuat kesimpulan untuk keseluruhan dan menggambarkan kononnya BN dan UMNO gagal dalam menaik taraf kemudahan masyarakat Orang Asli.

“Mungkin Kit Siang baru pertama kali masuk ke perkampungan Orang Asli jadi dia tidak tahu bagaimana kehidupan masyarakat itu. Dia perlu tahu bahawa telah banyak penempatan tersusun yang BN lakukan termasuk menaik taraf kehidupan Orang Asli.

“Sebab itu sekarang ini ada Orang Asli yang telah bekerja seperti pemandu pelancong malah Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) juga adalah Orang Asli.

“Jadi, kes Kit Siang terperangkap itu adalah kes terpencil. Dia juga kena tahu bahawa masih ada Orang Asli yang suka hidup berpindah-randah maka jalan ke perkampungan mereka tentulah bukan semuanya elok,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Sharkar, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang itu sebenarnya berbau politik memandangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bakal diadakan pada 26 Januari ini.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor