Kuala Lumpur, 17.1.
2019: Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat yang bersidang semalam membuat keputusan tidak akan meletakkan
calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun N.24 Semenyih, Selangor, pada tarikh
yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha Agung PAS,
Dato’ Takiyuddin Hassan dalam suatu
kenyataan menyatakan dengan keputusan
ini maka PAS akan memberikan laluan kepada wakil pembangkang iaitu Barisan
Nasional yang memperolehi sokongan undi yang lebih besar dalam PRU14 yang lalu.
PAS mengharapkan
pilihan raya kecil ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil
pembangkang, terutama dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dengan itu maka proses
semak dan imbang (check and balance) yang dimainkan oleh pembangkang yang
konstruktif akan memberikan kebaikan kepada rakyat Negeri Selangor khususnya.
Selaras dengan itu,
PAS akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat untuk membantu pihak
pembangkang dalam menghadapi PRK ini.
PAS juga akan menyeru
dan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan ini supaya turun membuang undi
sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada calon yang mewakili
pembangkang nanti.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor