Pages

Wednesday, January 30, 2019

PAHANG CUTI PERISTIWA ESOK



KUANTAN, 30.1.2019:  - Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa esok sempena istiadat melafaz dan menanda tangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cuti peristiwa itu memandangkan esok merupakan tarikh yang penuh bersejarah kepada negeri dan seluruh rakyat atas pelantikan itu.


“Kali terakhir detik bersejarah ini dirasai ialah kira-kira empat dekad lalu apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh antara 26 April 1979 dan 25 April 1984.


“Oleh itu, pengumuman cuti peristiwa esok adalah difikirkan sebagai bersesuaian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Wan Rosdy berkata, cuti peristiwa itu sebagai terjemahan rasa kesyukuran dan kegembiraan kerajaan negeri dan rakyat atas pelantikan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Sumber.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor