Pages

Thursday, January 3, 2019

MB PAHANG BERHARAP PROJEK ORANG ASLI BN DI CAMERON HIGHLAND DIHIDUPKAN KEMBALI




Kuantan, 3.1.2019:  Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail berharap projek jalan yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)  dapat dihidupkan kembali yang manfaatnya pasti akan dirasai  sehingga 4,000 Orang Asli di kawasan tanahtinggi itu.


“Bagaimanapun, apabila PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14, projek pembinaan jalan sepanjang 30 KM ini telah dihentikan,” kata MB Pahang dalam Facebook beliau.


“Saya ingin memberi komen balas terhadap ‘#tweet’ pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (#PH), Encik Lim Kit Siang kelmarin bahawa Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (#BN) sebelumnya, tidak berbuat yang sepatutnya demi memajukan masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands.”


“Dakwaan ini beliau buat setelah dikatakan terperangkap semalaman di sebuah perkampungan Orang Asli terpencil – Kampung Semoi Lama, ekoran jalan keluar becak teruk hingga tidak dapat dilalui.”
“Dalam hal ini, sepatutnya kita melihat kepada gambaran lebih besar yakni tentang apakah kemajuan secara menyeluruh yang telah dibawa oleh Kerajaan Persekutuan BN dan dinikmati oleh rakyat khususnya oleh Orang Asli di tanahtinggi itu selama ini.”


“Tentunya banyak yang telah dilakukan tetapi kita juga akui, banyak lagi yang perlu dilaksanakan demi membangunkan kawasan-kawasan pertempatan Orang Asli bukan sahaja di sana malah di seluruh negeri.”


“Daripada aspek hubungan darat atau jalan misalnya, saya sendiri telah mengemukakan permintaan kepada Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak supaya Kerajaan Persekutuan BN meluluskan peruntukan bagi pembinaan jalan Pos Betau – Pos Lenjang.”


Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, telah mengemukakan permintaan tersebut ketika Dato’ Sri Mohd Najib yang juga Presiden UMNO datang ke Tanah Rata merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands pada pagi Sabtu, 27 Ogos 2016. Selain permintaan untuk jalan ini demi kepentingan kira-kira 4,000 Orang Asli, saya juga membuat dua (2) permintaan lain iaitu bagi membaik-pulih Masjid Tanjung Gahai di Jelai (demi kepentingan orang Melayu/Islam), serta, pembinaan bazar-niaga di Tanah Rata (demi kepentingan orang Cina dan India yang berniaga).


Kepada ketiga-tiga permintaan ini, Dato’ Sri Mohd Najib dalam ucapan perasmian, telah meluluskannya – RM15 juta untuk jalan Pos Betau-Pos Lenjang; RM200,000 untuk masjid dan RM5 juta untuk bazar-niaga.


(Yang menariknya, antara aturcara Dato’ Sri Mohd Najib selepas itu ialah turut melawat ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil bagi meninjau kehidupan baharu Orang Asli di situ yang kini menghuni 200 rumah batu dengan 3-bilik tidur setiap sebuah). Kesemua 200 rumah ini siap dibina pada Mac 2015 dan Orang Asli di situ mula menghuninya pada Mac 2016


(Kerajaan Persekutuan pimpinan BN ketika itu telah sanggup berbelanja kira-kira RM44 juta untuk projek pembinaan rumah-rumah ini yang sebelumnya di atas tapak yang sama, telah mengorbankan tujuh (7) nyawa akibat kejadian tanah runtuh tahun 2012).


(9) Wan Rosdy bin Wan Ismail - Posts
https://www.facebook.com/wanrosdyOfficial/posts/2226433224239426?__tn__=K-R

Sumber keratan akhbar RM 20 juta diperuntukkan untuk kemudahan rakyat :
 Tiga projek bernilai RM20 juta di Cameron Highlands - Nasional - Utusan Online
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-projek-bernilai-rm20-juta-di-cameron-highlands-1.375430?fbclid=IwAR1Eoq2Y09cMsUz9moVmo-pEO1bILmniN_ZkmlkilHpMRGKuRJW0WRTkAC4


                                                   

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor