Cameron Highlands, 13.1.2019: Calon BN, Tuan
Ramli Mohd Noor telah melawat ke perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil petang
tadi.
Orang Asli Sungai Ruil merupakan sebahagian
daripada masyarakat Orang Asli yang terdapat di Cameron Highlands.
Menurut beliau, sejak 2016 lagi, Kerajaan
Persekutuan Barisan Nasional (BN) sewaktu dibawah pemerintahan Dato' Sri Mohd
Najib Abdul Razak telah membina 200 rumah batu yang dilengkapi tiga buah bilik.
Jumlah peruntukkan yang telah dikeluarkan
bagi pembinaan rumah tersebut ialah kira-kira RM 44 Juta.
Ia telah siap dibina pada Mac 2015 dan
Orang Asli di Sungai Ruil mula menghuninya pada Mac 2016.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor