Cameron Highlands, 11.1.2019: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Pahang telah membuat satu laporan polis pada hari ini jam 6.30 petang di Balai
Polis Tanah Rata, Cameron Highlands berkenaan kenyataan ugutan seorang Senator
Dewan Negara pada Ketua-Ketua Orang Asli (Tok Batin) di dalam kawasan Parlimen
Cameron Highlands.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul
Anuar Nasarah menyifatkan kenyataan YB
Senator Bob Manolan Mohamad di Pos Betau, Jelai bahawa Ketua Kampong atau Tok
Batin Masyarakat Orang Asli akan kehilangan gaji dan dibuang dari jawatan jika
mereka tidak mengundi calon Kerajaan Persekutuan pada Pilihanraya Kecil Cameron
Highlands merupakan suatu bentuk ugutan.
“Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan
kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia. Kita bayar gaji dia, dia
tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia,” katanya dalam sesi dialog
dengan tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai.
Datuk Dr Shamsul menegaskan, ini tidak
sepatutnya berlaku kerana Elaun Ketua Kampong atau pelbagai bentuk bantuan
kepada masyarakat Asli ia mesti diberi tanpa mengira siapa yang mereka sokong.Apatah lagi jelas beliau sebagai sebuah
kerajaan, Kerajaan PH memang bertanggungjawab menyediakannya kepada mereka yang
berhak menerima.
“Jadi membuat ugutan begitu adalah salah
sama sekali dan tidak patut dibuat. Kita harap Kerajaan PH berhenti daripada
membuat ugutan kepada pengundi di sini kerana rakyat berhak mengundi siapa yang
mereka inginkan”, katanya.
Beliau berkata demikian dalam Perjumpaan
Bersama Kepimpinan Pusat Daerah Mengundi (PDM ) di Pejabat UMNO Cameron
Highlands di Tanah Rata di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor