Kuantan, 21.1.2019: Kerajaan Pahang menarik semula kenderaan
pacuan empat roda milik kerajaan negeri yang digunakan dalam kempen Pilihan
Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang tular di laman sosial hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin
Ishak berkata kenderaan itu sebenarnya dipinjamkan kepada sebuah kementerian
bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.
“Walaubagaimanapun, selepas dilekatkan lambang
satu parti, saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula
serta-merta,” katanya dalam kenyataan di akaun rasmi Facebook beliau
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor