Pages

Saturday, January 19, 2019

JADIKAN PRK CAMERON HIGHLANDS SEBAGAI ISYARAT KEPADA PH YANG GAGAL TUNAI JANJI






Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sri Sharkar Shamsuddin berkata, rakyat perlu menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sebagai medan untuk memberi isyarat kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa rakyatlah penentu nasib sesuatu kerajaan itu.

Jelas beliau, sekiranya kerajaan baru pimpinan PH gagal menunaikan janji maka tidak mustahil pucuk pimpinan negara bakal bertukar lagi.

“Dalam siri mendekati pengundi di Ringlet dan Habu ini, ada pengundi yang meluah perasaan kesal kerana menyokong PH pada PRU yang lalu. Antara lain sebab mereka tersedar telah terpedaya dengan janji PH terutamanya janji berkaitan PTPTN.

“Kononnya sekiranya PH memerintah, antara janji yang dibuat adalah menghapuskan hutang PTPTN… dia berasa sangat kecewa kerana bukan sahaja PTPTN tidak dihapuskan malah mereka terpaksa bayar segera… kalau tidak mampu bayar akan dibawa ke mahkamah dan diisytihar muflis.

“Ini dirasakan adalah satu tindakan yang sangat berbeza dengan janji yang ditetapkan dan dibuat dalam manifesto,” ujar beliau kepada media selepas sesi ziarah rumah ke rumah di Ringlet.

Justeru jelas Sharkar, pengundi di Cameron Highlands ini harus menyedarkan kerajaan baru ini dengan memberikan kemenangan kepada calon BN di PRK ini.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor