Asal ada peluang Menteri Kewangan DAP akan
curi dan dakwa sesuatu pencapaian itu hasil usaha dan titik peluhnya. Sapi
terpaksa curi peluang walau susu lembu yang punya kerana ternyata setelah lebih
8 bulan berkuasa sapi masih bergelut.
Janji tinggal janji. Rakyat semakin marah
dan gelisah.
Terbaru Lim Guan Eng mendakwa bahawa
kenaikan hasil cukai untuk tahun 2018 disumbang oleh strategi pencukaian yang
berkesan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan PH.
Malaysia mencatat kenaikan pungutan cukai
langsung kasar atau gross direct tax collection ke 11.13 peratus bagi tahun
2018.
Walau bagaimanapun menurut Presiden MCA Dr
Wee Ka Siong kenyataan Guan Eng itu tidak tepat.
Menurut Dr Wee semua tahu bahawa cukai yang
dikenakan bagi tahun ini adalah berdasarkan pendapatan tahun terdahulu.
Bermakna jika pencapaian tercatat meningkat buat tahun 2018 ia bermakna
pendapatannya adalah dari tahun 2017.
Peningkatan ini kata Dr Wee kerana
pertumbuhan rancak tahun 2017.
2017 bukannya Guan Eng Menteri Kewangan
tapi BN!
Kesian cubaan Guan Eng ternyata satu
penipuan. Selepas ini kita perlu berhati-hati dan
semak dengan teliti kenyataan SU Agung DAP ini.
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi Menteri.
SUMBER:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor