Pekan, 5.1.2019 : Mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun
Razak berkata aset negara tak boleh dan tak patut dijual kerana ia membawa
keuntungan jangkamasa panjang kepada negara dan generasi kita.
Dato’ Sri Najib berkata negara kita mempunyai rangkaian
hospital ke 2 terbesar di dunia melalui Syarikat SHH. Tetapi telah dijual oleh
kerajaan Pakatan Harapan sebaik sahaja memerintah.
Mantan Perdana Menteri memberi contoh Yayasan Pahang dapat
mengeluarkan bantuan RM1.2 bilion tahun ini kerana mempunyai aset yang
menghasilkan keuntungan tahunan.
“Bayangkan kalau kerajaan Pahang menjual asetnya. Yayasan
Pahang akan punah,” kata beliau dan pasti tidak membantu rakyat dan generasi
akan datang.
Dato’ Sri Najib bercakap di Majlis Bantuan Khas Sekolah
Rendah YAB Menteri Besar Pahang Dun Bebar bersama Mantan Perdana Menteri
Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor