Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti berkenaan akan berusaha keras dalam usaha membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Januari depan.
Menurut beliau PRK berkenaan cukup penting untuk melihat sejauh mana keberkesanan BN masih lagi berada di hati rakyat terutama selepas pilihan raya umum yang lalu.
“Pucuk pimpinan BN telah bermesyuarat dan berbincang untuk memilih calon yang sesuai bagi mewakili parti dan saya telah bawa perbincangan di peringkat BN kepada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini
“…dan parti telah pun bersetuju dengan pandangan dan cadangan untuk memastikan calon yang akan mewakili BN pada PRK ini adalah calon yang boleh menguatkan parti dan memberikan kemenangan.
“PRK ini amat penting kerana ia menjadi kayu ukur sejauh mana keberkesanan kita dan juga nak lihat sejauh mana BN masih lagi berada dalam hati rakyat terutama di kawasan tersebut yang merupakan kerusi yang perlu kita pertahankan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di sini, Rabu malam.
Mohamad seterusnya menambah suasana pada hari ini sudah berubah dalam soal pemilihan calon.
“Keadaan hari ini dah berubah. Dulu parti membawa calon…sekarang kita kena pilih calon yang boleh membawa parti. Dua senario berbeza. Dulu parti mendokong calon dan dengan nama parti calon dapat ’advantage’, sekarang calon yang baik parti dapat ’advantage ’, ” ujarnya.
Beliau turut berkata calon yang akan diumumkan BN esok telah mendapat persetujuan MCA dan MIC.
Sumber
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor