Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah sangat penting demi menjadi titik noktah kepada tsunami politik yang melanda BN selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.
Jelas beliau, kerana itulah calon yang diketengahkan pada PRK ini adalah calon yang boleh mendokong parti dan bukannya calon yang parti suka.
“PRK kali ini sangat penting bukan kerana kita mahu mempertahankan kerusi tetapi kerana kita mesti menang untuk bermulanya kita bangkit selepas tsunami PRU-14 yang lalu.
“Sebab itu penting untuk kita menang, jadi kita telah berunding dengan teliti, untuk menang dalam suasana politik masa kini maka kita perlu ambil pendekatan yang berbeza.
“Dulu kebiasaannya parti yang mendokong calon tetapi kini calon yang harus mendokong parti. Dalam keadaaan politik semasa yang penuh fitnah ini, calon merupakan faktor penting dan bukannya parti,” ujar beliau dalam majlis pengumuman calon BN, hari ini.
Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada MIC kerana mengambil pendekatan berjiwa besar meminjamkan kerusi mereka demi kepentingan BN.
“Saya faham tekanan yang MIC hadapi sebab dari dulu ini adalah kerusi MIC. Bukan kita tidak percaya kepada MIC tetapi kita mesti mendengar suara orang bawah. Sekiranya kita gagal mendengar suara mereka dengan baik maka kita akan alami kesusahan.
“Sebab itulah selepas mendengar semua suara, kita jumpa satu nama yang berkecuali. Tidak timbul MIC terpaksa serah kerusi kepada UMNO kerana calon kita adalah ahli BN secara terus.
“Ada juga cadangan untuk kita letakkan calon dari UMNO tetapi kita tidak akan buat begitu… UMNO tidak akan khianati MIC. Pemikiran kita mestilah secara ketua BN dan bukannya ketua satu parti sahaja,” katanya lagi.
BN meletakkan bekas Penolong Pesuruhjaya Polis, Ramli Mohd Nor sebagai calon dalam PRK Cameron Highlands yang bakal berlangsung 26 Januari depan. – MediaUMNO

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor