Pages

Sunday, January 27, 2019

BN BENAR BENAR BANGKIT DI CAMERON HIGHLANDS – MB PAHANG




Tanah  Rata, 27.1.2019:  “Kemenangan hari ini saya dapati; yang pertama sekali, pengundi bijak memilih calon.


“Yang keduanya, PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding. Selain itu, mereka telah memberi kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan Nasional.


“Yang ketiga, isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh rakyat kerana isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus mungkin tak betul; (tetapi) 80 peratus adalah tidak benar,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.


Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas calon Barisan Nasional (BN), Encik Ramli Mohd Nor diumumkan sebagai pemenang bagi Pilihanraya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands pada malam Sabtu, 26 Januari di sini.


Encik Ramli memperolehi 12,038 undi dengan majoriti besar, 3,238 undi (berbanding Pilihanraya Umum Ke-14 lepas, yang calon BN ketika itu, Dato’ C.Sivarraajh menerima cuma 597 undi), mengatasi calon-calon lain – Encik M.Manogaran dari Pakatan Harapan (PH) dengan 8,800 undi; serta calon-calon bebas, Encik Sallehudin Ab Talib, 314 undi; dan, Encik Wong Seng Yee, 276 undi.


Sumber: Khabar Pahang


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor