Kuala Lumpur, 24.1.2019: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob membidas pemimpin Dap Lim Kit Siang yang membuat satu kenyataan akan mengusulkan
supaya Orang Asli akan diberikan taraf kerakyatan penuh Malaysia jika DAP
menang di PRK Cameron Highlands
Soalnya, apakah selama ini Kit Siang
menganggap masyarakat Orang Asli ini berstatus Penduduk Tetap (PR) yang
diberikan kerajaan malaysia?
Tegasnya, Orang Asli merupakan masyarakat
bumiputera yang cukup istimewa malah untuk pendidikan mereka kerajaan
menyediakan biasiswa penuh kepada Orang Asli yang bukan sahaja sekolah percuma
tetapi mereka dibekalkan dengan pakaian lengkap persekolahan percuma dan
mendapat duit poket dari kerajaan dan lain-lain keistimewaan.
“Apakah secetek itu pemikiran seorang Ahli
Parlimen yang paling lama berada dalam Dewan Rakyat ini?
“Untuk pengetahuan Kit Siang, Kabinet
Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mewujudkan satu Majlis
Penasihat Orang Asli untuk memantau pembangunan masyarakat Orang Asli yang
dipengerusikan oleh Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Wilayah(KKLW).”
Terangnya, Jawatankuasa dalam Majlis
tersebut terdiri daripada Wakil-wakil Orang Asli, Persatuan Orang Asli
Semenanjung, Wakil Persatuan Keusahawan Orang Asli, Wakil Profesional, Wakil
Belia Orang Asli dan lain-lain malah Majlis ini merupakan badan yang bertindak
bagi pihak kerajaan untuk mengkaji dan memikirkan keperluan pembangunan kepada
seluruh Masyarakat Orang Asli Malaysia.
“Ketika saya menjadi Menteri di KKLW, dalam
mengangkat martabat Orang Asli saya telah melantik Orang Asli pertama dalam
Sejarah apabila Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di terajui oleh seorang
berpangkat Ketua Pengarah dari kalangan Orang Asli iaitu Datuk Ajis Sitin yang
berasal dari Cameron Highland yang ketika itu berkhidmat di Kementerian
Kerjaraya.
“Pengarah Negeri seperti Pahang dan Perak
dari kalangan masyarakat Orang Asli dan Negeri Johor ketika itu dalam tindakan
untuk mengesahkan jawatan Pengarah juga dari kalangan Orang Asli.”
Ujarnya, ketika itu pencapaian tertinggi
Orang Asli ialah berjaya melahirkan 4 orang PhD Holder dari masyarakat mereka
hasil dari keistimewaan yang disediakan kerajaan BN sebelum ini dengan sasaran
kerajaan ketika itu ialah untuk menghantar 15 orang pelajar dari kalangan
masyarakat Orang Asli ke luar negara setiap tahun dalam pelbagai kursus dan
mendapat biasiswa penuh dibawah tajaan MARA.
Dalam pada itu katanya, semasa beliau di
KKLW juga, Kerajaan BN amat memberikan perhatian khususnya kepada masyarakat
Orang Asli apabila dalam pelancaran Program Transformasi Luar Bandar bertemakan
Membandarkan Luar Bandar yang melibatkan Orang Asli dalam lima asas utama
seperti :-
1.Menyelesaikan Pengukuran Tanah Simpanan
Orang Asli.
2.Membangunkan Prasarana kawasan Orang
Asli.
3.Membangunkan Ekonomi Orang Asli
4.Memperkasakan Pendidikan Orang Asli
5.Melahirkan dan Membangunkan Usahawan dari
kalangan Orang Asli.
“Kerajaan BN ketika itu sudah pun mempunyai
pelan dan tindakan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli sedangkan Kit Siang
baru mahu mencadangkan apabila berlaku Pilihanraya Kecil Cameron Highland.
“Pelbagai peruntukan pembangunan difikirkan
dan diangkat oleh Majlis Penasihat Orang Asli untuk dipertimbangkan oleh
kerajaan sebelum ini dan hasilnya Kerajaan BN telah meluluskan satu peruntukan
yang cukup besar untuk pembangunan masyarakat Orang Asli seperti Pusat Sehenti
Gua Musang RM 148 juta.
“Meluluskan satu peruntukan untuk membina
sebatang jalan kritikal dari Pos Betau ke Pos Lenjang berjumlah RM 15 juta.
Satu cadangan yang telah dipertimbangkan oleh Kerajaan BN juga sebuah Pusat
Sehenti Cameron Highland berjumlah RM 152 juta.
“Ini merupakan perancangan dan bukti keperihatinan
Kerajaan BN sebelum ini tetapi malangnya Kerajaan PH
telah membatalkan dua projek yang telah diluluskan dan tidak meneruskan
cadangan pembinaan Pusat Sehenti di Cameron Highland.”
Oleh itu katanya, Orang Asli perlu tahu
siapa yang membantu masyarakat Orang Asli dan siapa pula yang mencantas dan
membatalkan projek untuk kemajuan Orang Asli kerana Kerajaan BN sememangnya
menjaga kebajikan Masyarakat Orang Asli manakala Kerajaan PH membatalkan Projek
Kemajuan Orang Asli.
“Saya juga difahamkan oleh sumber yang
sahih bahawa Kerajaan PH juga telah membatalkan satu dana untuk prasarana
perkampungan Orang Asli bagi tahun 2019.
“Kit Siang tidak pernah tahu akan
perkembangan pembangunan Orang Asli sehingga tanpa sedar beliau mengakui bahawa
beliau tidak tahu menahu walau status kedudukan Orang asli jadi saya nasihatkan
Orang Asli agar tidak menyokong DAP yang tidak pernah memikirkan pembangunan
Orang Asli malah Kerajaan Baru ini juga yang telah membatalkan projek-projek
untuk kepentingan Orang Asli.
“Akhir sekali bukti bahawa Kerajaan PH
tidak langsung mempedulikan pembangunan dan masa depan Orang Asli apabila JAKOA
diletakkan di bawah Menteri Perpaduan sedangkan ketika era pemerintahan BN
JAKOA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.”
Tegas beliau lagi yang juga Ahli Parlimen
Bera, lebih ironi lagi DAP menentang usaha BN untuk mengangkat wakil parlimen
dari kalangan Orang Asli dan bakal menjadi Orang Asli Pertama dalam sejarah
sebagai Ahli Parlimen yang akan membawa suara seluruh masyarakat Orang Asli
didalam Dewan Rakyat apabila menang di Cameron Highland.Malangnya DAP
bersungguh-sungguh mahu mengalahkan calon BN yang berasal dari masyarakat Orang
Asli.
SUMBER.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor