Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh mendakwa terdapat pihak yang bimbang jika beliau terus bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.
Sivarraajh mendakwa, sebab itu terdapat usaha untuk menghalangnya daripada sekali lagi menjadi calon bagi mempertahankan kerusi milik Barisan Nasional (BN) tersebut.
"Ada pihak yang tidak mahu saya bertanding kembali kerana takut kalah," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.
SPR dalam kenyataannya hari ini berkata, Sivarraajh tidak boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya bagi tempoh lima tahun bermula dari 13 Disember lalu.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun mengumumkan status kelayakan tersebut berkata, Naib Presiden MIC itu juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya.
Keputusan itu katanya, dibuat setelah mengkaji keseluruhan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu dan Perakuan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 36 (2)(a).
Dalam pada itu, Sivarraajh enggan mengulas lanjut berhubung keputusan SPR berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor