Pages

Friday, December 14, 2018

MANGSA BANJIR DI KUANTAN MENINGKAT



Ibu redah banjir demi keselamatan enam anak



Hujan lebat dan berterusan sejak malam semalam menyebabkan tujuh pusat pemidahan sementara (PPS) sudah di buka di daerah ini, setakat jam 3.30 pagi tadi.

Antara PPS yang sudah menempatkan mangsa ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating; SK Sungai Ular, SK Kempadang, SK Sungai Karang, Dewan Orang Ramai Balok, SK Sungai Isap Murni dan SK Beserah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, seramai 367 mangsa membabitkan 100 keluarga telah ditempatkan di tujuh PPS terbabit.

“Di SK Cherating yang dibuka sejak malam kini mencatatkan bilangan mangsa paling tertinggi iaitu 94 mangsa, diikuti SK Kempadang (72),SK Sungai Karang (63), SK Beserah (56),SK Sungai Isap Murni (39), Dewan Orang Ramai Balok (30) dan SK Sungai Ular pula 22 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, APM kini sedang memantau keadaan yang sama di kawasan kerap berlaku banjir di daerah ini.

Katanya, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, begitu juga penutupan jalan di negeri ini.

“Pihak kita sedang meninjau keadaan banjir itu dan perkara utama yang dititikberatkan adalah berkenaan dengan keselamatan penduduk.

"Bantuan kecemasan akan terus diberikan kepada mangsa-mangsa terlibat oleh agensi bertanggungjawab dan kami juga sedang mengumpulkan data maklumat rumah serta kawasan yang terjejas dalam operasi ini,”katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor