KUANTAN 20/12/2018: Pahang tidak akan ketinggalan dalam melaksanakan Teknologi Bersih dalam menjana kuasa elektrik.
EXCO Sains,Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi Dan
Multimedia Pahang Dato’ Mohammad Fakharuddin Mohd Ariff berkata buat masa ini
Pahang menggunakan 2 peratus Teknologi Diperbaharui Semula dan 10 peratus Teknologi Hidro.
“Antara projek besar Teknologi Diperbaharui sedang dilakukan
di Gambang yang dijangka dapat menjana 50 MW tenaga elektrik dan projek di
Pekan yang dijangka dapat menjana 49 MW tenaga elektrik”.
“88 peratus penjanaan elektrik di Pahang masih menggunakan
arang batu dan diesel mengeluarkan gas karbon yang boleh menyebabkan malapetaka seperti yang telah berlaku di luar negara. Untuk mengurangkan bahaya gas ini kerajaan
memerlukan kerjasama agensi kerajaan dan pihak swasta mempercepatkan peningkatan
penggunaan Teknologi DiPerbaharui Semula”.
Dato’ Fakharuddin berucap di Majli Perasmian Renewable
Energy TNB Pahang.
Beliau juga mengalu-alukan penubuhan G-Sprax, sebuah anak
syarikat TNB yang bertujuan membawa Teknologi Hijau terkini sebagai solusi
hijau untuk generasi akan dating serta memberi tambah nilai dan penjimatan
kepada pengguna. Syarikat itu juga merupakan syarikat pertama yang menawarkan
skim projek dengan modal sifar.
Beliau percaya dengan usaha bersama TNB dan Kerajaan Negeri
Pahang untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Hijau iannya akan menyumbang dan
menggalakkan peningkatan pelaburan untuk negeri Pahang memandangkan ianya akan
memberi manfaat pelaburan dari segi pengurangan kos operasi, pemandangan awam
yang lebih baik, kesetiaan pengguna dan sekaligus dayaharap kepada punca
tenaga.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor