Pages

Thursday, December 27, 2018

AZWANDDIN DIREMAN 4 HARI





Klang, 27.12.18 : Presiden  Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah direman 4 hari atas ucapannya yang berunsur provokasi dalam himpunan Selasa lalu.


Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, Mahkamah Majistret Klang membenarkan permohonan reman itu bermula hari ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


“Polis juga akan siasat beliau di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kenyataan yang dikeluarkan dalam perhimpunan Selasa lalu.


Mohd Imran berkata, Tidak seharusnya Azwanddin sahaja disiasat. Beberapa pihak lain terlibat dan dikaitkan dengan himpunan berkenaan perlu disiasat.


“Kaji punca keresahan awam ini berlaku. Saya yakin ini bukannya disebabkan ucapannya tetapi ia tercetus sejak awal lagi, apabila isu (membabitkan kematian anggota bomba) ini berlaku. Jangan hanya tumpu kepada Azwanddin, tumpu juga kepada pihak lain yang masih bebas,” katanya.


Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad mengesahkan Azwanddin ditahan berhubung kenyataannya pada Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy. Dalam perhimpunan pada Selasa lalu, lebih 1,000 berhimpun menuntut keadilan untuk Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia kerana cedera dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.



Peserta himpunan turut mengemukakan 7 tuntutan kepada kerajaan, termasuk memecat Waytha, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dan Exco Selangor, V Ganabatirau.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor