Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengajak rakyat untuk sama-sama bersolidariti pada Sabtu ini atas nama kedamaian, keamanan dan penyatuan ummah demi mempertahan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Presidennya, Zambri Mohd Isa berkata biarlah himpunan tersebut yang diadakan di Dataran Merdeka akan dikenang dan diingati anak cucu sebagaimana kita mengenang jasa generasi sebelum ini.
“Kira-kira 72 tahun lalu iaitu pada 1946, umat Melayu dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Melayu bersatu dan berhimpun bagi menentang Malayan Union. Perhimpunan tersebut akhirnya berjaya mematikan Malayan Union.
“Kini, sejarah berulang lagi apabila Malayan Union dalam versi baru iaitu raktifikasi ICERD yang sedang berusaha dikembalikan dan Alhamdulillah hasil desakan, penyatuan dan himpunan umat Melayu akhirnya ianya terhenti seketika.
“Namun, kita jangan terlalu berleka kerana gerakan menghidupkan Malayan Union tidak akan berhenti selamanya. Mereka akan terus menerus mencuba menerobos ruang-ruang untuk mencapai cita dan impian mereka,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Sehubungan itu katanya atas nama kedamaian, keamanan dan penyatuan ummah sama-sama bersoladiriti untuk mempertahan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor