Raub, 2.11.2018 - YAB Menteri Besar Pahang dalam sidang akhbar sejurus selepas merasmikan penutupan 'Ops Lombong 3.0' menyatakan antara lain;
Operasi berlangsung dengan jayanya. Seramai 16 orang telah ditahan dan 8 antaranya warga asing.
Operasi melibatkan seramai 168 orang terdiri dari Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah Dan Daerah Lipia dan Raub, Pejabat Tanah Dan Galian Pahang, Jabatan Imigresen, Jabatan Mineral Dan GeoSains, PDRM, Jabatan Alam Sekitar.
Operasi akan diteruskan dari masa ke semasa dan berharap pelombong haram menghentikan kegiatannya serta-merta. Kegiatan haram ini merugikan hasil Kerajaan Negeri jika tidak dibendung.
Pengamal media diseru agar lebih bertanggung-jawab dan jika terdapat sebarang aduan diminta merujuk kepada aduan rakyat di: aduan.wanrosdy.com.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor