Golongan wanita disaran mengambil peluang daripada penganjuran majlis ilmu bagi menambah pengetahuan, titah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda bertitah, menambah ilmu merupakan perkara berterusan kerana ia seiring dengan peranan dan tanggungjawab golongan wanita yang semakin mencabar dengan perkembangan semasa dunia.
"Sebagai wanita, kita bukan hanya sibuk dengan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, serta tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa kita, namun kita juga ada peranan dalam masyarakat.
"Semua tugas ini boleh dilaksanakan dengan sempurna apabila kita berilmu. Pembudayaan ilmu sangat penting sebagai persiapan wanita berdepan dengan cabaran," titah baginda.
Tunku Azizah bertitah demikian semasa berucap merasmikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk 'Islam Tasqif Al-Nisa' atau Pembudayaan Ilmu Kepada Wanita di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed.
Forum anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang membicarakan isu semasa wanita Islam itu disertai lebih 1,000 hadirin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor