JANJI manis bulan bintang Pakatan Harapan terserlah kepalsuannya selepas dibentangkan Bajet 2019 pada Jumaat lalu.
Apa yang jelas, kerajaan PH semakin menghapuskan bantuan-bantuan kepada rakyat yang menjadi ciri utama kerajaan zaman Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi orang Melayu yang memberi undi penentu memenangkan PH, mereka mungkin masih terus menerima PH dan tidak mengubah pendirian menyokong PH.
Tetapi ramai kalangan orang Melayu sudah jelas tertipu dan diabaikan selepas enam bulan PH memerintah.
Lima agenda di bawah ini menjadi bukti bagaimana orang Melayu dibuai janji-janji manis tetapi akhirnya diabaikan dan dilupakan.
1. JANJI FELDA
Janji-janji ditaburkan Mazlan Aliman gagal ditunaikan kerajaan PH. Malah, keadaan menjadi lebih buruk apabila harga komoditi utama Felda merosot. Aktivis NGO Anak sendiri merungut dan kecewa. Mazlan sudah menerima lantikan jawatan pengerusi Peladang, tetapi nasib peneroka masih belum terbela.
2. HAPUS TOL
Janji hapus tol ialah antara gula-gula utama PH yang menyebabkan ramai mengundi PH dan mengharap janji tidak realistik ini ditunaikan. Akhirnya, PH memberi jawapan yang sudah sedia dimaklumi ramai, yang penghapusan tol memerlukan kerajaan membayar puluhan bilion kepada syarikat konsesi.
3. MANSUH PTPTN
Majoriti yang berarak menuntut pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma ialah anak-anak Melayu yang begitu kuat mengikut kempen pembangkang (kerajaan sekarang) yang menentang kerajaan BN. Akhirnya, bukan sahaja yang belum bergaji RM4,000 mesti membayar balik PTPTN, malah yang bergaji bawah gaji minima, RN1,000 juga kena dipotong gaji.
4. TURUN HARGA MINYAK
Dulu dijanjikan hari ini menang, esok turun harga minyak. Tapi akhirnya selepas berbulan-bulan esok, rakyat perlu menunggu lagi entah berapa bulan esok untuk subsidi bersasar yang mekanismenya sendiri masih belum jelas. Walaupun sudah diumumkan, rakyat perlu menunggu beberapa bulan lagi sebelum dapat menikmati subsidi ini, dan harga minyak tidak akan diturunkan.
5. KEDUDUKAN MELAYU DAN ISLAM
Semasa kempen, PH berjanji tidak akan menggugat kedudukan Melayu (tetapi sesama mereka lain pula yang diucapkan). Mereka berkata mustahil perlembagaan dan lain-lain ketetapan dapat diubah oleh kerajaan yang dipilih. Sekarang, sudah nyata agenda mereka mahu mengubah status quo negara ini, termasuk dengan bantuan luar melalui ratifikasi yang boleh mendesak perlembagaan negara diubah. Janji hanya tinggal janji.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor