PELIK… Tindakan Pejabat Perdana Menteri keluar kenyataan konon pihak kerajaan tidak perakui Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) cetus persoalan.
Ini kerana belum pernah berlaku dalam sejarah, pejabat ketua kerajaan di Putrajaya berkenaan secara tiba-tiba terpaksa terbitkan kenyataan media dan langsung tidak sebut nama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perkara misteri itu disentuh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan mendakwa keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak ratifikasi ICERD sepatutnya tidak boleh dibuat melalui surat atau kenyataan media.
Sebaliknya, beliau berkata, ia sewajarnya perlu dibuat melalui satu kenyataan rasmi kerajaan kepada pihak Parlimen Malaysia oleh Mahathir sendiri selaku Pengerusi PH kerana hebahan media tersebut boleh ditukar sesuka hati.
“Kenyataan bahawa kerajaan PH secara mengejut mengubah pendirian dan menjamin kononnya tidak akan meratifikasi ICERD itu sebenarnya tidak boleh dibuat sekadar melalui surat atau ‘press release’ (kenyataan media).
“Ia perlu dibuat oleh Perdana Menteri melalui satu kenyataan kepada Parlimen Malaysia dan direkodkan secara rasmi dalam ‘hansard’ dan minit Parlimen,” kicau Annuar menerusi laman sosial Twitter peribadinya, hari ini.
Hari ini, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya yang di luar dugaan dan tidak dijangka banyak pihak terpaksa mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD dan konon terus pertahan Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” kata kenyataan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor