Pages

Monday, October 8, 2018

[RAUB] MANGSA RIBUT TERIMA BANTUAN



Mangsa ribut Dong terima bantuan



Nasib 36 mangsa ribut di Dun Dong mendapat perhatian kerajaan negeri me­lalui sumbangan kira-kira RM18,000 kelmarin bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan Exco Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Dato' Abdul Aziz Mat Kiram dan Adun Dong, Dato' Sri Shahiruddin Ab.Moin.

Dalam kejadian 1 Ogos lalu, beberapa rumah penduduk rosak bahagian bumbung.

Penerima warga emas Ramli Ahmad, 70, dari Kampung Pamah Kilat bersyukur dengan sumbangan itu.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, sebahagian atap dan bumbung ruang tamu serta depan rumahnya rosak.

"Saya kerugian lebih RM5,000. Memang kerosakan sudah dibaiki tapi sumbangan ini dapat meringankan beban,” katanya.

Bagi suri rumah ,Norazimah Mohd Sidek, 39 dari Taman Dong Jaya sumbangan itu membuktikan cakna kerajaan membantu mangsa.

Katanya, wang tunai itu membolehkan dia menampung perbelanjaan selepas rumah dibaiki.

Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu kerajaan negeri meneruskan bantuan terhadap rakyat di negeri ini setiap kali bencana melanda.

Menurutnya, selain sumbangan wang tunai, beberapa bantuan diberikan mengikut keperluan mangsa terlibat.

Dalam pada itu, Shahi­rud­din menghargai sumbangan diberikan kepada mangsa di Dun terbabit walaupun berdepan kesukaran dalam kedudukan kewangan yang sedikit terbatas.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri terus peka dengan nasib rakyat yang berdepan bencana,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor