Umum mengetahui setelah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pelbagai perkara telah dirombak dan diperbaharui bagi menyelaraskan pentadbiran agar seiring dengan kerajaan yang memerintah hari ini.
Antara yang dirombak adalah pentadbiran di peringkat kampung serta rancangan Felda.Jika di zaman Barisan Nasional,JKKK diujudkan sebagai wakil pentadbir yang mewakili kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.Di peringkat JKKK pula akan dilantik seorang pengerusi oleh kerajaan Negeri yang digelar sebagai Tok 4.Tok 4 bertindak sebagai pengerusi JKKK dan akan melantik barisan ahli jawatankuasanya bagi melancarkan pentadbiran di peringkat kampung dan felda.
Berbalik kembali kepada rombakan yang dilakukan oleh kerajaan PH hari ini apabila membubarkan JKKK dan mengantikan dengan MPKK.Peranannya adalah sama seperti JKKK sebelum ini.Namun begitu dalam penubuhan MPKK kerajaan PH telah meletak garis panduan yang perlu dipatuhi.Antara syarat yang perlu dipatuhi,perlantikan Pengerusi MPKK mestilah tiada campur tangan politik dan berkepentingan politik.
Untuk kerajaan Negeri Pahang yang diperintah oleh Barisan Nasional,juga tidak terkecuali dengan penstrukturan semula pentadbiran kampung dan felda ini.Sebagai sebuah kerajaan pembangkang,negeri Pahang,yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Wan Rosdy Wan Ismail,selaku Menteri Besar telah bersetuju dengan saranan kerajaan PH dan sedia mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.Ini dipersetujui oleh kerajaan Negeri Pahang setelah mengambil kira demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.
Namun begitu ada desas desus khabaran yang begitu kuat setelah segala peraturan dan syarat dipenuhi oleh kerajaan negeri Pahang,timbul pula dari pihak PH Pahang mahukan kuota 50 peratus lantikan Pengerusi MPKK daripada pilihan PH.Jika benar perkara ini ternyata ia amatlah menjengkelkan.PH bercakap tidak serupa bikin,berbelit-belit lebih pada ular lakunya.
Kononnya diawal perancangan tidak mahu ada campur tangan politik dan pengaruh politik tetapi akhirnya,menjadi seperti kebiasaan pihak PH melangkaui apa yang mereka sendiri gariskan.Terbuktilah selama ini kata-kata PH lebih bisa dari bisa Ular.
Sebagai rakyat Negeri Pahang kami mengharapkan kerajaan Negeri akan mempertahankan hak dan memegang apa yang telah dipersetujui antara Kerajaan PH dan Kerajaan Barisan Nasional.Pihak PH Pahang cukup-cukuplah bermain sandiwara politik,agenda lebih besar terletak dibahu masing-masing demi mensejahterakan dan memajukan Negeri Pahang ini.Pemimpin PH seharusnya menghentikan polimik isu ini agar apa yang telah dipersetujui dapat direalisasikan dengan segera.
*#BrigedCyberPEKEMBARmARAn*
Azizi MohamedSoffie
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor