Pages

Friday, October 19, 2018

[KUANTAN] TUJUH PELAJAR HAAHAD MTNP WAKILI NEGARA



Tujuh pelajar maahad MTNP wakili negara



Tujuh dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) akan mewakili Malaysia dalam pertandingan robotik dan ketangkasan berkuda, equestrian di peringkat antarabangsa dalam masa terdekat.

Mereka ialah Nabil Haikal Azfar Zaiful Azman, 15; Ahmad Mukhlis Mustaffa,14, Muhammad Fayyadh Nizar,16, Alya Nur Izzah Sharuddin,16, dan Ouswa Huseina Badli Shah, 14, yang terpilih mewakili negara ke pertandingan robotik pada 23 hingga 26 Oktober ini di Filipina.

Dua lagi pelajar iaitu Syed Nuh Datuk Syed Burhanuddin,16, pula akan mewakili negara kejohanan equestrian di Bangkok, Thailand pada 17 hingga 20 November, manakala Adam Haiqal Johan pula akan bertanding dalan kejohanan yang sama di Taiwan pada 9 hingga 12 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr Zulkifle Ali berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian pelajar apabila terpilih mewakili negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Menurutnya, ini cukup membuktikan bahawa pusat tahfiz mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan kokurikulum.

“Pusat tahfiz jika diurus dengan baik pasti mereka mampu menjadi contoh kepada pelajar tahfiz lain untuk berjaya.

“Kita harap pusat tahfiz lain dapat mencontohi MTNP dalam melahirkan modal insan yang serba boleh,” katanya ketika mengadakan sidang media MTNP hari ini.

Zulkifle menyasarkan anak didiknya itu mampu mengharumkan nama negara dan sekaligus menaikkan nama negeri Pahang di mata dunia.

“Bagi pertandingan robotik kita mengharapkan pelajar kita mendapat lima tangga teratas, manakala bagi berkuda pula kita sasarkan tiga tangga teratas,” katanya.

Sementara itu, Nabil Haikal Azfar berkata, kumpulanya sudah bersedia untuk mempamerkan robot mereka dalam World Robot Games dan mengharapkan kejayaan menyebelahi mereka.

“Ini kali pertama kami sertai pertandingan ini, dan berharap agar ada tuah untuk menang dalam kejohanan itu,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor