“Sudah sampai masa Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) berubah sikap menjadi menteri yang lebih bertanggungjawab dan berhenti mengamalkan sikap menyalahkan orang lain,” ujar Tan Sri Annuar Musa.
Jelas beliau, adalah amat mendukacitakan apabila negara mempunyai seorang menteri kewangan yang masih bersikap seperti pembangkang dan suka mengamalkan ‘blaming people’ secara semberono.
“Saya lihat menteri kewangan kita ini mempunyai dua personaliti… dua habit iaitu yang pertama masih bersikap seperti pembangkang, masih duduk dalam mood menyalahkan orang lain sedangkan dia duduk dalam satu portfolio yang memerlukan otak dan kepakaran untuk membentuk ekonomi negara kerana kementerian kewangan adalah satu portfolio penting tetapi sayangnya menteri kewangan kita belum sampai ke situ.
“…masih ditahap pembangkang yang penuh retorik. Sepatutnya portfolio ini tidak boleh disandang oleh orang yang suka menyalahkan orang lain dan penuh retorik.
“Kedua, dia masih tidak fokus kepada perkara bersikap dasar. Kementerian kewangan adalah satu kementerian yang boleh mempengaruhi semua kementerian jadi perlu fokus kepada dasar. Kalau sudah asyik pakai ‘blaming game’ dan tidak fokus kepada dasar, maka seluruh jentera kerajaan akan tempang,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tegas Annuar, kini sudah tiba masa untuk Guan Eng berubah dan menjadi menteri yang lebih ‘proper’.
Beliau berkata demikian mengulas jawapan Guan Eng yang menjadi tular di media sosial berkaitan itu pintasan Lebuh Raya Relau Paya Terubong yang runtuh semasa pembinaan pada 11 Oktober lalu.
Projek lebuh raya ini adalah projek Kerajaan Pulau Pinang yang menelan belanja lebih RM200 juta. Dikatakan Guan Eng memberi alasan ‘angin’ yang menjadi punca pembinaan ini runtuh.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor