Pages

Saturday, September 1, 2018

PROJEK RUMAH MAKMUR







Setelah kejayaan menghasilkan rumah berkembar setingkat berharga RM150,000 sebuah di bawah PR1MA Pahang demi membantu golongan berpendapatanrendah dan sederhana bagi memiliki rumah.

Kini, tumpuan Kerajaan Negeri ialah ke arah membina Rumah Makmur - rumah teres setingkat bernilai RM80,000 sebuah dengan sasaran terhadap golongan rendah dan sederhana rendah berpendapatan seisi rumah di bawah RM5,000 sebulan.

Sehingga kini, sebanyak 11 projek yang menyediakan 4,087 unit rumah di dalam lima (5) daerah iaitu Kuantan, Lipis, Maran, Bera dan Rompin telah diluluskan.

Sasaran kini ialah untuk membina antara 10,000 dan 15,000 unit Rumah Makmur ini dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.

Semoga projek Rumah Makmur ini dapat memberi manfaat dan membantu sekalian rakyat jelata, InsyaaAllah.


Untuk pendaftaran sila layari :-




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor