Pages

Wednesday, September 26, 2018

[KUANTAN] KAKITANGAN KERAJAAN DISARAN MUDAHKAN URUSAN AWAM



Datuk Seri Muhammad Safian Ismail



Penjawat awam di negeri ini perlu mempermudahkan urusan orang ramai setiap kali mereka berurusan dengan jabatan kerajaan bagi mengelak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail apabila perkara itu diamalkan, secara langsung peluang melakukan penyelewengan, salah guna kuasa akan berkurangan dan mampu meningkatkan tahap integritri

“Contohnya, Pihak Berkuasa Tempatan, apabila orang minta lesen nak buka kedai runcit, satu hari kelulusan sudah mencukupi. Tak payah nak tunggu lama dengan syarat yang macam-macam, itu boleh menimbulkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Seminar Pemerkasaan Integriti Negeri Pahang kepada penjawat awam negeri di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Program Kordinasi dan Pematuhan Institut Integriti Malaysia Hamily Sham Harun berkata, berdasarkan kajian perspektif Integriti nasional oleh Institut Integriti Malaysia menunjukkan penyediaan perkhidmatan awam di negara ini berada pada paras yang baik.

“Setiap tahun kita ada melakukan kajian dengan menemuramah orang ramai terhadap prestasi memerangi jenayah rasuah, melihat kualiti penyampaian perkhidmatan awam, menilai tadbir urus kepada sektor swasta, institusi keluarga dan komuniti dan kualiti hidup setiap masyarakat.

“Pada tahun 2017 berdasarkan indeks kajian ke atas 20,000 individu yang ditemuramah empat daripada lima persoalan yang diberikan itu telah memberi respon yang baik iaitu melebihi tahap minimum 100 peratus bagi setiap respon yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata indeks memerangi jenayah rasuah bagaimanapun masih belum mencapai tahap yang memuaskan iaitu mendapat respon di bawah paras minimum.

Bagi meningkatkan indeks berkenaan, pelbagai usaha dilakukan dengan memperkasakan integriti dalam kalangan penjawat awam antaranya seminar integriti, katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor