Pages

Wednesday, September 26, 2018

ANGGOTA PDRM RESAH GAJI LEWAT




Polis



Sebahagian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) resah apabila pembayaran gaji melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) yang sepatutnya dibayar hari ini mengalami kelewatan.

Seorang anggota PDRM menghubungi Utusan Malaysia memaklumkan, gaji melalui akaun BSN menghadapi sedikit kelewatan memandangkan masalah yang dihadapi pihak BSN.

“Sebelum ini kami tidak dimaklumkan mengenai kelewatan pembayaran gaji itu. Saya difahamkan bank lain tidak mempunyai masalah kecuali BSN.

“Cuma pagi ini sahaja saya dimaklumkan pihak Kementerian Dalam Negeri dalam tindakan bersama BSN untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera. Mereka meminta untuk kami bersabar dan memaklumkan perkara itu rakan-rakan anggota lain” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pembayaran gaji tersebut dijangka akan diselesaikan pada pukul 10 pagi tadi namun sehingga kini pembayaran tersebut masih belum diterima.

Sementara itu Utusan Malaysia sedang berusaha mendapat penjelasan pihak PDRM berhubung kelewatan gaji yang dihadapi oleh anggota terbabit.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor