Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Tarmizi Ahmad Jalil, 30, yang hilang dalam Hutan Simpan Taman Negara sejak 14 hari lalu ditemui selamat kira-kira jam 4 petang semalam.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang anggota renjer jabatan itu dikhuatiri sesat ketika mengumpul data mengenai harimau di bawah program 1st National Tiger Survey di hutan Taman Negara, Jerantut, 11 Ogos lalu.
Tarmizi dilaporkan masuk ke hutan berkenaan menerusi Felda Kecau 11, Kuala Lipis bersama enam lagi rakannya sebelum berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengutip data-data daripada kamera yang dipasang di beberapa lokasi di hutan berkenaan.
Selepas selesai mengambil semula kamera yang dipasang itu, kesemua mereka kembali ke basecamp dengan Tarmizi bersama seorang lagi rakannya dilaporkan mengikut anak sungai.
Bagaimanapun, ketika di pertengahan jalan, rakannya mendapati Tarmizi telah hilang dan tiada di belakangnya. Beberapa anggota Jabatan Perhilitan kemudian cuba menjejakinya namun gagal dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis pada 14 Ogos.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor