Pada 14/05/2018, salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan, TS Dr Zeti Akhtar Aziz, telah mengumumkan bahawa kaedah penghapusan GST akan diumum dalam masa 100 hari.
Pada 16/05/2018, dua hari kemudian, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa kadar GST akan menjadi 0% berkuat kuasa pada 01/06/2018.

Pada hari yang sama juga, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Siaran Media mengiayakan kata-kata Perdana Menteri. Bukan blog atau portal picisan yang mengeluarkan arahan ini. Ianya dikeluarkan oleh portal rasmi Kementerian Kewangan! Baca di sini.


Menteri Kewangan yang belum mengangkat sumpah jawatan, Joseph Lim Guan Eng pula pernah membuat pengumuman berita yang tersebar adalah palsu. Beliau juga katanya ada membuat pengesahan dengan Perdana Menteri.
Kesimpulan, cakap siapa yang kita hendak dengar ni?
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor