Nilai -- Sembang santai yang dianjurkan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dengan menampilkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyata lesu apabila hanya dihadiri kira-kira 30 penduduk setempat.
Meskipun Rafizi merupakan figura politik terkenal, nyata beliau gagal menarik kehadiran lebih ramai penduduk setempat.
Rafizi ketika ucapannya pada majlis itu hanya menumpukan serangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Malah, program PERMATA yang dinaungi Rosmah turut menjadi sasaran Anggota Parlimen Pandan itu.
Pada Februari lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi kerana mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor