Pages

Thursday, April 12, 2018

SAYA TIDAK AKAN LAYAN POLITIK DAN STRATEGI SEBEGITU RUPA - HISHAMMUDDIN



Saya tidak akan layan politik dan strategi sebegitu rupa – Hishammuddin



Kuala Lumpur – Dakwaan yang dilemparkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dalam surat terbukanya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah strategi untuk memberi tekanan kepada perdana menteri.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dakwaan serta tohmahan seumpama itu tidak perlu dilayan sama sekali kerana ia tidak mempunyai asas langsung.

Katanya, bekas pemimpin seperti Rafidah juga tidak akan puas walaupun pelbagai penjelasan diberi kerana kehendak beliau akan sentiasa berubah-ubah.

“Saya nasihatkan semua pihak yang berkepentingan jangan jawab isu-isu yang dibangkitkan kerana apa yang kita jawab tidak pernah akan memenuhi kehendak dan permintaan mereka. Malah kehendak mereka akan berubah-ubah.

“Tuduhan yang dinyatakan tidak ada asas dan kadangkalanya fitnah bulat-bulat. Saya harap pihak-pihak lain akan jawab secara fakta. Saya tidak akan layan politik dan strategi begitu rupa,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Satu Anggota Satu Rumah di Kem Transmitter di sini semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala; dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamaed Noor turut hadir pada majlis pelancaran tersebut.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Satu Anggota Satu Rumah (SASar) SATRIA Residensi Kem Transmitter, Kuala Lumpur. 


Hishammuddin mengula permintaan Rafidah untuk mendapatkan minit mesyuarat Kabinet mengenai tindakan Najib yang didakwa menswastakan tanah 40,000 hektar kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh tiga individu.

Semalam Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan menjawab segala dakwaan Rafidah yang dirumuskan sebagai tidak benar sama sekali, bagaimanapun bekas Ketua Pergerakan Wanita itu berkata, soalan beliau adalah untuk perdana menteri.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, beliau percaya isu tersebut dibangkitkan dengan niat untuk mencari publisiti memburukkan kerajaan.

“Saya tahu mereka mahu isu ini diteruskan sehingga tarikh pembuangan undi,” ujarnya lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor