Pages

Friday, April 13, 2018

[PEKAN] PRU14: POLIS PNTAU TIGA INDIVIDU



Amran




Tiga individu dikenal pasti berpotensi akan menimbulkan kekecohan dan provokasi pada PRU14 di kawasan Parlimen Pekan kini sudah berada dalam pemantauan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, bagaimanapun pihaknya tidak mendedahkan identiti individu terbabit kepada umum.

Menurutnya, pengawasan terhadap tiga individu terbabit bagi memastikan tiada sebarang masalah semasa timbul perjalanan proses pilihan raya nanti.

“Pihak polis memang sudah mengenal pasti mereka yang boleh timbulkan masalah, tetapi siapa mereka ini kita tidak boleh dedahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Perjumpaan Petugas PRU14 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, semalam.

Dalam pada itu, Amran memaklumkan, pihaknya sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan bermula akhir bulan ini dengan kekuatan kira-kira 515 anggota.

“Kita juga mendapat bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Bukit Aman yang akan menghantar seramai 190 anggota dan pegawai polis,” katanya.

Selain itu, Amran berkata, pihaknya juga sudah melaksanakan pelbagai latihan intensif kepada anggota dan pegawai polis yang terbabit bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlaku kekecohan pada PRU14 nanti.

Dalam pada itu, beliau sudah menugaskan anggota supaya membuat risikan terhadap kawasan-kawasan yang dijangka menjadi kawasan panas pada pilihan raya berkenaan.

“Setakat ini tidak ada kawasan yang boleh dikategorikan ‘hot spot’ di Parlimen ini, tetapi mungkin ada beberapa kawasan yang dijangka akan berlaku pertembungan ceramah parti politik yang bertanding,” katanya.

Dalam pilihan raya umum kali ini, seramai 89,076 pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 56 pusat mengundi di dalam kawasan Parlimen Pekan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor