Pages

Monday, April 2, 2018

[MARAN] PROGRAM ZIARAH KASIH BELA RAKYAT


Program ziarah kasih bela rakyat




Program Ziarah Kasih dan Unit Gerak Kerja Kebajikan Bahagian Maran berjaya membantu menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Ahli Parlimen Maran, Dato' Sri Ismail Abd Muttalib berkata, program itu juga menghubungkan penduduk dengan wakil rakyat.

Menurutnya, 90 peratus daripada 2,000 kes yang memerlukan perhatian berjaya diselesaikan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO pada tahun lalu sehingga April 2018.

"Antara golongan menerima manfaat menerusi program itu ialah pesakit kronik, ibu tunggal, anak yatim, golongan miskin, warga emas dan mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat kemalangan.

“Ia bukan kerja bermusim kerana dilaksanakan sepanjang masa sejak dimulakan 15 tahun lalu. Program ini dilaksanakan tanda keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Kita bekerja sebaik sahaja menerima maklumat ada orang yang perlu dibantu. Ini cara kita, bukan hanya pada musim pilihan raya tetapi setiap masa terutama pada Jumaat. Saya ingin turut berasa terharu dengan penyertaan golongan muda yang sama-sama menziarahi dan menyantuni warga kurang upaya dan masyarakat setempat pada hari ini(semalam)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarah lebih 16 rumah penerima bantuan Program Ziarah Kasih Felda Jengka 2 dan 3 di sini, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menasihatkan mereka yang memerlukan bantuan memaklumkan kepada pihak berwajib termasuk Umno Bahagian supaya tindakan sewajarnya boleh dilakukan.

Sementara itu Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Jengka 2, Mohamed Sabri Yasin, 48, turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan yang telah meluluskan peruntukan RM2.5 juta untuk pembinaan masjid baru di Felda Jengka tersebut.

"Penduduk juga berterima kasih kepasa Dato' Sri Ismail kerana atas usaha dan bantuan beliau, peruntukan yang asalnya dipohon sebanyak RM500,000 untuk prngubahsuaian telah diluluskab sebanyak RM2.5 juta membolehkan kita membina masjid baharu.

"Pembinaan dijangka akan dimulakan penghujung April ini. Kita hanya menunggu sedikit sahaja lagi maklum balas dari Jabatan Kerja Raya.

"Jika pembinaan melewati musim perayaan kemungkinan masjid sementara akan dilakukan di balai raya," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor