Perkongsian maklumat akan lebih tepat, benar dan sahih dengan adanya Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang telah berkuat kuasa kelmarin.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Dato' Sri Norol Azali Sulaiman berkata, sudah tiba masanya akta tersebut diwujudkan kerana ia akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.
Menurutnya, sebagai sebuah negara merdeka dan masyarakat bertamadun tidak sepatutnya risau dengan kewujudan akta ini.
“Ini soal atau salah maklumat .. ia ditentukan dan ditafsirkan oleh seseorang. Tapi apabila peraturan dan akta ini dibentangkan, kita ada satu sistem yang boleh menentukan perkara itu baik atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Stadium Darul Makmur di sini, semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 sudah berkuat kuasa dan diwartakan selepas mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Norol Azali berkata, secara keseluruhan, akta itu bertujuan melindungi orang awam daripada penyebaran cepat berita tidak benar yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, sekali gus memastikan keselamatan negara terus terpelihara.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor