Pages

Friday, April 6, 2018

[KUANTAN] PENGHARGAAN KEPADA PENJAWAT AWAM



Penghargaan kepada penjawat awam




Sembilan insentif untuk penjawat awam diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disifatkan sebagai prihatin terhadap keperluan penjawat awam secara tidak langsung mampu meningkatkan perkhidmatan.

Penjawat awam, Noorafizah Abdul Raffar,39, berkata, insentif yang diberikan disifatkan sebagai penghargaan kepada penjawat awam.

Menurutnya, kenaikan gaji tahun ini adalah antara berita yang menggembirakan seterusnya membantu penjawat awam mengatasi kos sara hidup.

“Keprihatinan kerajaan dalam memberi insentif ini sangat membantu penjawat awam yang sedang bertugas termasuk cuti tanpa rekod untuk acara keagamaan selama tujuh hari adalah amat baik,”katanya.


Ahmad


Sementara itu, bagi Najib Muhammad, 41, pengumuman pemimpin nombor satu negara itu adalah hadiah kepada kakitangan kerajaan yang sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Malah bukan sahaja untuk yang sedang bertugas tetapi melibatkan bekas kakitangan kerajaan.

“Untuk guru ia juga satu penghargaan oleh kerajaan dan sudah pasti menyuntik semangat guru-guru untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam profesion perguruan,”katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Noh berkata, insentif kerajaan ini terbukti memberi nilai tambah dan motivasi kepada semua lapisan penjawat awam sama ada yang masih berkhidmat atau pesara.

“ Ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib penjawat awam dari sudut kenaikan gaji dan kebajikan keagamaan untuk pelbagai lapisan kaum dalam negara kita,”katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor