Pages

Monday, April 2, 2018

[KUANTAN] DIDIK PELAJAR JADI USAHAWAN



Didik pelajar jadi usahawan




Sepuluh peratus daripada pelajar aliran kemahiran akan dilahirkan sebagai usahawan dalam usaha memacu ekonomi negara.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan, Zainuren Mohd Nor berkata, ini kerana bidang tersebut juga mampu memberi pulangan lumayan kepada pelajar, selain menceburi bidang pekerjaan lain.

Menurutnya, disebabkan itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberi peluang untuk pelajar berdaftar sebagai usahawan pada masa akan datang.

“Kita akui peluang pekerjaan amat terhad... justeru mereka perlu rebut peluang jadi usahawan kerana mampu menjana pendapatan baik.

“Kemahiran yang dipelajari mereka boleh digunakan untuk melahirkan pelbagai inovasi dalam dunia perniagaan diceburi mereka,” katanya pada majlis 1st Step Student Enterpreneurship di Sekolah Menengah Teknik Kuantan.

Zainuren memaklumkan penuntut perlu mengilap bakat mereka menerusi program Enterpreneurship bagi tujuan tersebut.

Dalam pada itu, beliau percaya SSM begitu komited untuk memupuk minat keusahawanan dalam kalangan pelajar supaya mereka menjadikan perniagaan sebagai kerjaya selepas menamatkan pengajian mereka.

“Mereka boleh menggunakan ilmu yang diperolehi pada seminar terbabit untuk terlibat dalam dunia perniagaan kelak terutamanya dalam penubuhan syarikat, penjualan, pemasaran produk dan sebagainya,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor