Pages

Saturday, April 7, 2018

DUN PAHANG DIBUBARKAN



Image may contain: 2 people, people sitting and people standing



Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, perkenaan menandatangani watikah peristiharan pembubaran DUN Pahang di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob menghadap menyembah watikah bagi memohon ampuni limpah perkenan Kebawah Duli Pemangku Raja Pahang untuk pembuburan DUN kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.


KDYMM Pemangku Raja Pahang perkenan menerima watikah dan melafazkan titah pengistiharan serta menurunkan tandatangan baginda diatas keempat-empat watikah pengistiharan DUN Pahang yang berkuatkuasa pada hari ini 7 April 2018.


Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and indoor


Turut menyaksikan majlis tersebut, YB Yang DiPertua DUN, Dato' Sri Haji Ishak Muhammad, YB Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Sri Muhammaf Safian Ismail, YB Penasihat Undang-Undang negeri, Dato' Sri Shamsulbahri Ibrahim, YB Pegawai Kewangan negeri, Dato' Indera Mohd Roslan Harun dan barisan exco negeri kecuali Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor