
Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP sudah menunjukkan belangnya dengan mengumumkan dua anggota parti itu sebagai calon menteri kabinet.
Najib menerusi laman Twitter hari ini mempersoalkan pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukanlah calon perdana menteri dipilih Pakatan Harapan (PH).
Calon perdana menteri PH adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kuasa mutlak bagi menentukan calon menteri kabinet terletak pada perdana menteri, kata Najib.
“Jelas parti mana yang sebenarnya pegang kuasa dalam Pakatan Harapan, yang lain tu pak turut saja,” katanya.
Baru-baru ini, Lim mengumumkan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sebagai calon menteri Kabinet jika masing-masing menang kerusi Parlimen Teluk Intan di Perak dan kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor