Kementerian Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) memperuntukkan RM15 juta bagi membangunkan perniagaan usahawan kecil bumiputera di kawasan luar bandar di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) Nano mulai tahun ini.
Menterinya, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi program ini, seramai 15 usahawan negeri Pahang dalam pelbagai industri menerima sejumlah RM10,000 setiap seorang bertujuan membantu meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing.
Ismail Sabri berkata, SPED Nano merupakan pembiayaan islamik yang memfokuskan kepada perniagaan kecil luar bandar membabitkan 182 parlimen dengan kadar maksimum pembiayaan.
Ismail Sabri melaksanakan gimik pelancaran SPED Nano sempena KUD @Bera 2018, hari ini.
"Kita mahu bantu para usahawan melalui skim ini dan kita menyasarkan seramai 1,500 orang usahawan akan menerima manfaatnya pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran SPED Nano sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) @Bera 2018, hari ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor